malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 23 Feb 1934
Foreign News
Amerika Syarikat Menaikkan Cukai.
Suatu undang-undang kerana hasil sebanyak $250,000,000 yang dicadangkan untuk pada menambahkan pungutan-pungutan dengan menutup lubang-lubang kelepasan yang tiada melanggar undang-undang telah dipersetujukan oleh Rumah Mesyuarat Wakil-Wakil dengan 388 suara, melawan tujuh.
Supaya menolongkan pendapatan-pendapatan yang kecil, maka undang-undang itu menaikkan cukai-cukai atas pendapatan-pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan "Credit" kerana bayaran-bayaran cukai negeri-negeri asing undang-undang itu menguntukkan suatu lagi cukai sebanyak lima peratus di atas kelapa dan minyak, dan suatu cukai yang kecil di atas keluaran-keluaran dan pekerjaan mengelokkan minyak yang membantutkan pekerjaan membawa minyak larangan.
top |