Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 27 Feb 1934, p.??

Foreign News

Peladang-Peladang di Negeri Cina.

Peladang-peladang di Kwangtung ada terhadap dengan masa yang sangat susah sekarang ini pada mula-mulanya cukai yang dipungut daripada kiriman beras asing yang dibawa dengan kapal ke Kwangtung itu telah diniatkan hendak digunakan kerana memperbaiki pekerjaan-pekerjaan di dalam daerah peladang, tetapi cukai yang telah dipungut itu telah tidak digunakan kerana maksud ini.

Dengan satu ikhtiar hendak menolong peladang-peladang yang susah itu, maka Penguasa Fervey daripada Pejabat Tanam-Tanaman dan Hutan yang di Canton itu telah memutuskan iaitu pendapatan cukai daripada beras asing negeri mestilah digunakan di dalam pekerjaan memajukan ladang.

Sebahagian daripada pekerjaan ini ialah menanam tembakau dalam satu tempat percubaan dari mana ada diharapkan hendak membuat tembakau. Yang demikian, supaya menjadikan satu mata air lagi bagi faedah peladang-peladang dan mengadakan benda-benda kepada perusahaan membuat rokok.