![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 27 Feb 1934, p.??
Foreign News
Perniagaan yang terus disyorkan di antara negeri Cina dan Britain.
Tuan Yu Yueh Lee dari Bank of China yang sekarang ada dalam suatu perlawatan ke London apabila memberi ucapan di hadapan perkumpulan ahli-ahli bank managers pada hari ini telah meminta perniagaan yang terus di antara tukang-tukang Great Britain dan saudagar pembawa-pembawa masuk daripada bangsa Cina supaya mengurangkan belanja-belanja dagangan-dagangan.
Bank-bank Cina cara baru telah bersedia hendak membantu dengan kenyataan-kenyataan atas perdirian wang gudang-gudang Cina, ia telah berkata dan kerajaan Cina telah bertetap hendak memurahkan perniagaan serta jua menentukan suatu perselesaian yang betul kiranya berlaku satu pertelingkahan berkenaan dengan undang-undang.
top |