Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 1 Feb 1934, p.??

Feature Article.

Perniagaan Mesir.

Perniagaan sesebuah negeri itu tiada akan maju dengan sempurna melainkan setelah kehormatannya bersendiri dan merdeka. Dan Bank Mesir sudah beberapa lama berjalan dengan rajinnya membangkitkan perniagaan Mesir dan telah melangkah memberi bantuan lepas selangkah, maka selangkah lagi memberi jalan-jalan bagaimana yang dicita-cita.

Lebih dahulu kita berkhabar iaitu Muhammad Talib Harb Pasha telah pergi ke Hijaz dan telah balik kerana membuat suatu pekerjaan baru. Maka pekerjaan ini telah berjaya seperti pekerjaan-pekerjaan yang dahulu daripada ini kerana dengan sungguh-sungguh dan kepandaiannya.