![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 22 Jan 1935, p.??
General Article.
Encik Abdul Rahim Kajai.
Perhubungan dengan akhbar "Majlis" percakapan-percakapan ada kuat mengatakan iaitu Encik Abdul Rahim Kajai, Pengarang Akhbar "Majlis" yang di Kuala Lumpur itu akan meletakkan jawatannya pada akhir bulan ini.
Riwayat Tuan Abdul Rahim Kajai itu ialah kembali kepada masa "Utusan Melayu" dan "Lembaga Malaya" kira-kira dalam tahun 1916.
Pada masa mana wartawan itu telah mengambil berat dalam hal suratkhabar-suratkhabar itu, tetapi dengan tiada terzahir namanya pada tulisan-tulisannya hingga kepada masa "Edaran Zaman" Pulau Pinang, ketika wartawan itu masih di negeri Mekah al-Mukarramah, tetapi telah diangkat menjadi pembantu suratkhabar itu.
Apabila wartawan Abdul Rahim Kajai itu telah balik ke Tanah Melayu, ia telah memangku jawatan pengarang suratkhabar "Saudara" Pulau Pinang hampir-hampir dua tahun lamanya, iaitu di antara tahun 1929 dan 1931; dan pada akhir tahun itu akhbar "Majlis" telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan wartawan itulah pengarangnya yang masyhur hingga berkekalan kira-kira tiga tahun lamanya.
Wartawan Abdul Rahim Kajai pengarang yang termahsyur itu barang tentulah cukup sempurna pengetahuannya dalam Bahasa Melayu dan ada pelajaran pula dalam Bahasa Inggeris serta penuh dengan pengetahun dalam Bahasa Arab dan agama; dan ia telah menghabiskan masa 25 tahun di sebelah Tanah Arab.
Bagaimana yang perjalanan hidup langkahan dan budi perangainya yang baik dan harum itu tidak payah dimashyurkan-mashyurkan lagi.
Apa adakah masa tengahari dan bermatahari terang itu hendak bersuluh lagi!
top |