Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 24 Jan 1935, p.??

Rampaian Harian

Melayu Tiruan.

Saya telah mendapat peluang bercakap-cakap dengan seorang merinyu Melayu baru-baru ini dan telah sangat hairan mendapat ketahui iaitu hanya tulis Rumi diajar di tempat pelajaran Polis dalam tempat kediaman mata-mata, dan Jawi yang biasa itu hampir-hampir ditinggalkannya.

"Melayu Tiruan" ini ((saya suka menggelarkannya demikian) pada fikiran saya yang rendah sangatlah merosakkan Bahasa Melayu yang sebenar, kerana ejaan sepatah perkataan Melayu itu akan merosakkan bunyi-bunyi yang sebenar bagi perkataan-perkataan satu bahasa yang telah hanyalah bahasa dieja dan ditulis dengan huruf Jawi.

Saya tidak dapat mengerti mengapa Pejabat Polis patut menggalakkan "Melayu Tiruan" ini melainkan yang demikian itu ialah kerana faedah pegawai-pegawai polis daripada bangsa British pada mencuba hendak menderaskan memaham Bahasa Melayu itu.

Sekiranya halnya begitu, maka yang demikian itu ialah suatu kekhilafan yang besar kerana bilangan pegawai-pegawai polis daripada bangsa British berbanding dengan mata-mata Melayu itu sangatlah jauh bezanya, dan aturan membiarkan bahagian yang lebih besar itu melakukan perbuatan mengikut kehendak mereka itu, patutlah dibenarkan di dalam jawatan polis.

Tidaklah dihairankan iaitu pegawai British itu jarang dapat membunyikan kalimat-kalimat Melayu dengan betulnya; kekhilafan itu ialah menggunakan Melayu Tiruan itu!

Sesungguhnya saya sukacita melihat iaitu sekarang ini kebanyakan daripada sekolah-sekolah Melayu di negeri ini ada menggunakan Melayu Jawi kerana papan-papan alamat dan lain-lainnya; manakala dahulunya kebanyakan daripada papan-papan ini telah ditulis dengan "Melayu Tiruan" itu.

Di Selangor terutama sekali, perubahan itu sangat ternyata, manakala di negeri Johor, tidak menggunakan "Melayu Tiruan" itu sama sekali!