Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 19 Jan 1934, p.3

Local News

Perkhabaran Perak.

Oleh kerana Kerajaan masih lagi di dalam kesempitan berkenaan dengan perkara wang, maka khabarnya enam pegawai-pegawai sempadan ((Settlement Officer)) telah ditetapkan akan diberhentikan daripada jawatan Kerajaan. Telah dikatakan iaitu lima orang daripada pegawai-pegawai itu ialah anak Raja-Raja yang ada mempunyai anak isteri.

Yang demikian, diharapkan Kerajaan akan menaruh belas kasihan di atas mereka itu supaya memikirkan semula hal itu dengan timbangan neraca keadilan di dalam.

Sementara itu, sayogialah perbanyakkan sabar kerana Allah Ta`ala telah berfirman iaitu ia beserta orang yang sabar.