Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 1 Mar 1934, p.9

Feature Article.

Perihal Alatan Tentera Udara Singapura.

London, Februari 28.

Di Majlis Mesyuarat Orang Ramai, Captain Balfour telah bertanya kiranya telah dicadangkan hendak menambahkan perdirian tentera udara di Singapura dan kiranya telah dicadangkan hendak menjadikan dia itu suatu tempat bagi pertahanan pegawai udara supaya memberi kepada pemerintah tentera laut dan tentera udara.

Sir Philip Sassoon telah menjawab bahwa perdirian tentera udara di Singapura itu sekarang ini telah masih di dalam peperiksaan dan masalah bagi menggantikan martabatnya itu mestilah menunggu sudahnya masalah yang besar itu dirundingkan.

Apabila menjawab kepada suatu pertanyaan yang lebih jauh lagi, Sir P. Sassoon telah berkata bahwa suatu keputusan akan didapati tiada berapa lama lagi.