Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 10 Mar 1934, p.??

Daily Round-Up

Official Notice: Pemberitahu Pejabat Tanah.

Kampung Melayu di Jalan Eunos, Singapura, Aturan yang Baru.

Bahwa adalah diberitahu pada permulaan tahun ini, iaitu orang-orang Melayu yang duduk atau menduduk di Singapura akan dibenarkan masuk di Kampung Melayu dengan bayaran-bayaran yang murah sekali.

Sewa-sewa tanah yang telah diuntukkan atau dilotkan kerana membuat rumah di atasnya menurut arah tempat-tempat ialah dari $1 sampai $2 pada satu tahun.

Dan lagi pula, ada juga tanah akan diperuntukkan kepada siapa-siapa yang suka hendak bekerja tanam menanam atau berkebun ataupun membuat tempat peliharaan ayam-ayam itik-itik dan lain-lain.

Maka tanah ini sewanya tiada lebih daripada $1 pada seekar setahun.

Dan juga, dibenarkan membuat rumah-rumah dengan belanja yang murah. Tetapi hendaklah mengikut sekurang-kurang aturan yang dikehendak oleh Rural Board. Maka rumah-rumah itu pula akan dicukai menurut bagaimana harga taksirnya.

Lain-lain belanja berkenaan dengan Rural Board itu sedikit juga. Maka oleh yang demikian, penduduk-penduduk di kampung Melayu itu boleh mendapat kediaman yang tiada bising serta pula dapat faedah daripada jalan-jalan raya, parit-parit air, pembersih jalan, pemungut sampat-sampat dan lain dengan seberapa murahnya.

Orang-orang Melayu di sini yang suka hendak mengambil tanah-tanah di Kampung Melayu itu silalah datang meminta di Land Office Singapura dan berjumpa Tuan Commissioner of Lands atau Deputy Collector of Land Revenue.