malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 12 Mar 1934, p.11
Feature Article.
Semua Peminjam-Peminjam Wang akan didaftarkan.
Suatu aturan mendaftarkan menentukan bayaran faedah sebanyak tiga peratus sebulan, atau 36 peratus setahun, dan angka-angka surat perjanjian hendaklah ditulis dengan angka-angka Inggeris. Tiga-Tiga perkara ini ada di antara syarat-syarat yang besar bagi undang-undang peminjam-peminjam wang yang akan diperhadapkan pada Majlis Mesyuarat Legislative yang akan datang.
Cadangan undang-undang ini diambil daripada suatu cadangan yang dipinda kepada kenyataan Jawatankuasa yang telah diangkat kerana merunding masaalah peminjam-peminjam wang dalam negeri-negeri Selat yang telah disiarkan dalam tahun 1932.
Perbuatan-perbuatan memberi pinjam-pinjam wang ini telah menjadi biak dalam colony dan perbuatan itu dilakukan oleh bukan sahaja orang yang memang mencari nafkah dengan yang demikian tetapi jua oleh orang-orang yang lain buat menjadi tambahan pendapatan-pendapatan mereka.
Maka telah tidak ada percubaan pada mengawal perjalanannya di mana-mana bahagian negeri Selat terkecuali Labuan di mana suatu undang-undang di atas perkara itu telah diluluskan sebelum Labuan menjadi sebahagiannya daripada negeri-negeri Selat.
Peminjam-peminjam wang yang patut dihormatkan aturan mendaftarkan itu akan memberi suatu perdirian dan akuan yang tertentu kepada peminjam-peminjam wang yang patut dihormatkan.
Demikianlah tujuann-tujuan dan sebab-sebab undang-undang itu.
Cadangan undang-undang itu mensyaratkan bahwa semua orang peminjam-peminjam itu mestilah diberi kebenaran oleh pendaftar peminjam-peminjam wang dengan bayaran cukai sebanyak $6 dan kebenaran-kebenaran itu mestilah diambil dengan nama peminjam-peminjam wang itu yang sebenar di bawah hukuman denda sebanyak $500 atau enam bulan penjara kerja berat jika ingkar daripada menurut perintahan-perintahan undang-undang itu.
Peminjam-peminjam wang akan dilarangkan daripada menjalankan pekerjaan-pekerjaan sebagai ahli-ahli yang baik dan daripada menjalankan pekerjaan pada lebih daripada satu tempat surat-surat kebenaran harus tiada dibenarkan.
Jika keterangan sifat-sifat yang baik yang memberi puas hati itu tiada diberi, atau jika difikirkan bahwa orang yang meminta akan kebenaran atau jika ia telah memberi pinjam wang kepada orang yang belum cukup umur. Apabila seseorang peminjam-peminjam wang itu terkena hukuman kerana kesalahan, maka surat kebenaran itu harus dirampaskan atau ditundakan.
Tiap-tiap surat perjanjian atau surat peringatan kerana akuan bagi suatu hutang mestilah menunjuk dalam surat itu wang sebanyak yang dipinjam itu. Wang yang dipotong atau dibayar pada atau lebih kurang pada waktu memberi pinjam itu sebagai faedah atau permulaan atau bayaran terlebih dahulu dan bayaran faedah peratus sebulan atau setahun yang akan dibayar kerana pinjaman itu.
Semua Angka-Angka dengan Angka-Angka Inggeris.
Semua-semua tarikh atau angka-angka di atas surat itu hendaklah ditulis dengan angka-angka Inggeris walaupun tarikh-tarikh atau angka-angka itu ditulis dengan jalan yang lain. Surat perjanjian yang tiada seperti yang tersebut dalam cadangan undang-undang itu tiada akan dipaksakan faedah itu dilarangkan.
Kira-kira mestilah dimasukkan dalam buku-buku yang tertentu dan mesti ditunjukkan di Mahkamah apabila perbicaraan-perbicaraan ada dijalankan kerana hendak memperoleh wang balik.
Jikalau dalam sebarang perbicaraan berkenaan dengan wang yang diberi pinjam oleh seorang peminjam-peminjam wang itu didapati bahwa bayaran faedah itu melebihi tiga peratus sebulan atau tiga puluh peratus setahun, maka Mahkamah melainkan jikalau diberi dalil bahwa tidak berlaku yang demikian ini, akan memikir bahwa bayaran faedah itu melebihi dan bahwa perbuatan itu kasar dan tiada betul, tetapi syarat ini tiada akan memberatkan kekuasaan-kekuasaan Mahkamah di bawah bahagian itu jikalau Mahkamah itu berpuas hati bahwa sesungguhpun bayaran faedah itu tiada melebihi tiga peratus sebulan, tetapi yang demikian itu memberatkan.
Membuat surat-surat perjanjian yang kosong dan yang tiada sebenar itu ialah satu kesalahan.
top |