![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 2 May 1934, p.15
Feature Article.
Pertunjukkan Barang-Barang Perniagaan Buatan Jajahan British.
Berkenaan dengan pertunjukan hendak menggalakkan jual-beli barang-barang perbuatan jajahan-jajahan British yang akan diadakan di Great World mulai dari 4 hingga 12 May pada pukul 6.30 hingga 2 pada tiap-tiap malam, maka kita akan menerbitkan satu tambahan yang khas kepada Warta Malaya mengandungi iklan-iklan dan kenyataan darihal barang-barang buatan Britain itu pada hari Jumaat 4 May.
Tambahan Warta Malaya Malaya yang dikeluarkan dua minggu sekali berkenaan dengan pelajaran kesihatan, permainan, pertukangan, dan lain-lain yang patut dizahirkan di dalam keluaran hari Isnin yang lalu, akan diterbitkan di dalam keluaran hari Jumaat yang akan datang juga.
Bersama-sama dengan keluaran yang biasa, maka Warta Malaya akan mengandungi tidak kurang daripada 28 muka dengan harga 6 sen seperti biasa. Pesanlah lebih dahulu nasihat-nasihat kamu kepada wakil-wakil menjual Warta Malaya.
top |