Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 25 May 1934, p.8

Editorial.

Berteguran di Halaman surat-suratkhabar.

Kerapkali sangat kita menerima surat-surat kiriman yang kata penulis-penulisnya itu tujuannya mereka itu kerana menaburkan buah fikiran bagi muslihat ilmu atau berteguran-teguran. Tetapi bila kita baca kandungan surat-surat itu kita dapati berlainan sekali dengan tujuannya.

Umpamanya, seorang menulis menyeru kaumnya suruh berperangai baik bertolong-tolongan maju dan sebagainya, iaitu sesuatu perkara yang memang sangat-sangat dikehendaki selalu diserukan, sekalipun kaum yang diseru itu sudah maju.

Kemudian datang pulak seorang yang lain menulis, katanya, kerana hendak menegurkan seruan pelan itu bagi kebijakan ilmu tetapi tidak berapa baris kemudian daripada pendahuluannya mulailah dia menyerang bukannya buah fikiran yang terkandung di dalam seruan itu, tetapi diri orang yang menyeru itu sendiri. Kerana entah bagaimanakah kemujurannya dapat dia mengenali menerusi nama gelaran makalah itu. Akan batang tubuh penulis itu sendiri. Jadi, apalagi tak menoleh kiri kanan lagi, menikam ia dengan lidahnya akan diri penulis itu, khasnya surat-surat kiriman yang seumpama itu, tentulah mempunyai hanya suatu tempat sahaja bagi penerimaannya, iaitu bakul sampah yang di tepi meja pengarang yang dialamatkan surat itu kepadanya.

Benar, memarahkan seseorang itu kejahilannya atau kesalahannya bagi muslihat dirinya sendiri itu namakan bertegur-tegur juga. Tetapi bukan iaitu daripada jenis yang layak dialamatkan di dalam surat-suratkhabar.

Dan begitu juga benarnya bahwa tiap-tiap buah fikiran atau seruan yang terhidang di dalam suratkhabar itu bukan kepada teguran atas buah fikiran atau seruan itu, bukan atas diri orang yang mengeluarkan buah fikiran itu.

Pengarang-pengarang suratkhabar di mana-mana pun di muka bumi, menerima dan mensiarkan sesuatu makalah kiriman itu bukan dengan labih dahulu menyiasat siap dia atau baik jahatnya penulis makalah itu tetapi membaca apa yang ditulisnya. Jika bagus dan berguna bagi muslihat ilmu disiarkannyalah makalah itu. Beberapa pun diketahuinya yang penulis-penulisnya itu seseorang yang jahat perangainya atau bangsa kaumnya.

Begitu juga ke bakul sampahlah kelak dilontarkannya itu. Jika didapatinya buah fikiran yang tertulis di dalamnya itu daripada jenis cerca dan tidak berfaedah bagi penulisnya itu, sekalipun diketahuinya yang penulis-penulisnya itu sebaik-baik manusia di alam dunia ini.

Berteguran-teguran di dalam suratkhabar itu hanya ada satu tujuan sahaja baginya, iaitu mencari kebenaran atas sebarang masalah bagi muslihat ilmu. Yang demikian, siapa dia, apa sifat dan kelakuannya diberi yang menulis atas yang demikian itu tidak dihitungkan satu daripada syarat-syarat yang boleh meluas atau menegahkan tulisannya itu disiarkan.

Berteguran-teguran kerana mencari kebenaran bagi muslihat ilmu itu hendaklah terbersih sama sekali daripada sebarang perasaan atau niat hasad, dengki, atau takabur, dan daripada tujuan mencari faedah atau kemegahan diri sendiri, bukan tak banyak adanya penulis-penulis yang menulis berkajang-kajang kertas kerana melawan sebarang buah fikiran yang disiarkan di dalam sebarang suratkhabar dengan semata-mata kerana orang yang mengeluarkan buah fikiran itu, yang tidak diperkenannya bukan buah fikirannya.

Atau yang lebih jahat lagi ada penulis-penulis ((sebenarnya loyar buruk!)) yang menulis melawan sebarang buah fikiran atau seruan seseorang itu semata-matanya kerana upahan. Penulis yang menulis dengan keadaan yang demikian, jarang-jarang menulis dengan keadaan yang demikian jarang-jarang dapat menyebutkan bilangan lama di dalam tulisannya itu, kerana daripada antara dua barisan tulisannya pengarang yang mahir akan dapat mebaca sifatnya yang sebenar itu.

Penyudah kata kita ingatkan kepada sekalian saudara-saudara kita, bahwa halaman suratkhabar itu bukan umpama medan bertinju ((boxing ring)) di mana yang berlawan itu masing-masing menghabiskan daya upayanya, mencari kemenangan dan kemegahan bagi dirinya sendiri -- tidak sekali-kali tidak! Tetapi iaitu suatu halaman yang dikhaskan untuk memperhidangkan di dalamnya makanannya untuk dan roh bagi menghidup, menyegar dan memajukan kaum yang demikian gunakanlah akan dia dengan tujuan yang seumpamanya itu.