Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 30 May 1934, p.9

Feature Article.

Perniagaan Dunia Bertambah Baik.

Geneva, May 28.

Perubahan-perubahan yang mustahak yang lebih jauh lagi di dalam kira-kira perniagaan dunia adalah diterbitkan oleh bahagian tadbiran wang daripada lembaga persekutuan itu, dan termasuk satu tambahan sebanyak dua puluh peratus dalam keluaran arang batu di dalam bulan Januari, di dalam keluaran petrol sebanyak dua belas peratus, di dalam batang-batang besi sebanyak lima puluh satu, di dalam besi baja minyak lima puluh empat dan di dalam timah sari sebanyak tiga puluh tujuh, dengan sekalian angka-angka itu berbanding dengan masa yang sama pada tahun yang lalu.

Pergerakan perusahaan di dalam di bulan yang pertama bagi 1934 berbanding dengan 1923 telah bertambah empat puluh peratus di dalam Canada, tiga puluh peratus di Amerika Persekutuan, dua puluh lima peratus di negeri Jerman dan Poland, delapan belas peratus di dalam Sweden, sebelas peratus di Norway, dan tiga peratus di negeri France.

Ketiadaan kerja makin kurang di dalam negeri-negeri perusahaan yang terutama kecuali negeri France.