malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 24 May 1934, p.4
Surat Kiriman.
Pertengkaran Dalam Kaum.
Satu perselisihan dalam satu kaum telah berkeputusan di dalam Mahkamah Polis di Taiping pada 18 haribulan ini, manakala Mat bin Kulup telah dituduh kerana menyerang Cik binti Kulup, seorang kaumnya.
Perempuan itu telah berkata iaitu ia telah ada dalam perjalanan hendak membeli rokok di kampung, manakala Mat telah terpandang akan dia. Mat telah berteriak kepadanya, "Kiranya engkau seorang laki-laki, aku tahulah bagaimana hendak mengerja engkau".
Perempuan itu telah menjawab, "Mengapa engkau tidak membuat sekarang ini?"
Yang demikian, Mat telah turun dari basikalnya dan menamparnya.
Menjawab kepada soal-soal perempuan itu telah berkata bahwa Mat itu seorang kaumnya, dan satu pertengkaran yang telah berbangkit baru-baru ini dalam kaum itu telah ditamatkan di hadapan Kadhi. Maka kerana itulah ia telah menggunakan bahasa itu kepadanya.
Cik Mustapha al-Bukhari, Pengadil telah mendendakan Mat $5 atau 7 hari penjara kerja berat. Pengadil telah memerintahkan juga supaya Mat membayar $5 saguhati kepada perempuan itu dan tambahan daripada itu supaya mengikut saman sebanyak $30 dengan satu tanggungan supaya menyimpan keamanan selama 3 bulan.
top |