Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 9 May 1934, p.4

Feature Article.

Kerajaan menjawab kepada tuntutan-tuntutan orang-orang kerja Keretapi.

Kuala Lumpur, Mei 4.

Keputusan kerajaan dalam jawapan kepada empat belas perkara yang diperhadapkan oleh orang-orang enggan bekerja keretapi negeri-negeri Melayu persekutuan pada minggu yang lalu, akan dipersampaikan dengan berturut-turut pada pagi-pagi besok kepada sekalian orang-orang kerja yang telah masuk bercampur di dalam enggan bekerja itu ((berkata penulis Singapore Free Press)).

Kenyataan-kenyataan yang mengandungi jawapan-jawapan itu akan dicetakkan dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan Gurunji ((Benggali)).

Keputusan-keputusan yang disampaikan itu berasas di atas nasihat-nasihat jawatan kuasa kecil pekerjaan yang ada ini.

Potongan-potongan dalam gaji-gaji harian.

Tuntutan-tuntutan orang-orang kerja dan keputusan-keputusan itu ialah:

1. Bahwa potongan 15 peratus di dalam gaji-gaji orang-orang kerja yang dibayar pada tiap-tiap hari yang dijalankan dari November 1932 itu, tiada boleh lagi dilanjutkan dengan keadilan -- manakala perdirian tadbiran wang kerajaan membenarkannya. Maka kepulihan dalam kesemua atau bahagian daripada potongan-potongan dalam gaji-gaji itu akan menerima rundingan dengan cermat.

2. Bahwa banyaknya yang dipotong dari gaji-gaji orang-orang kerja semenjak bulan November 1932 sekarang ini patutlah digantikan -- yang ini tiada dapat dipersetujukan potongan itu ialah satu perbuatan mengurangkan yang tertentu disebabkan oleh kepicikan wang. Maka tiadalah diniatkan bahwa potongan itu patut berupa satu pungutan yang akan dibayar balik. Potongan itu telah diperbuat kerana membantu kerajaan pada melawankan masa kepicikan wang tatakala mana sekalian orang telah dipinta supaya menbuat korbanan.

3. Bahwa gaji satu hari yang penuh patutlah dibayarkan kerana pekerjaan pada hari Sabtu seperti yang telah dijalankan pada biasanya sebelum bulan November 1932 -- tidaklah dapat dipersetujukan bahwa bayaran mesti diberi kerana masa dalamnya orang tiada bekerja.

4. Bahwa orang-orang kerja hendaklah diberi pertambahan gaji pada tiap-tiap tahun yang mereka belum lagi dinaikkan bagi empat tahun yang lalu.

5. Bahwa seseorang orang kerja yang telah beroleh kecederaan manakala menjalankan kewajipan yang terjadi daripadanya itu, maka ia kena dimasukkan ke rumah sakit patutlah dibayar gajinya itu dengan sepenuhnya dengan sekalian kelebihan-kelebihan yang dahulu dibenarkan kepada orang-orang kerja keretapi di rumah sakit. Permintaan-Permintaan bahwa orang-orang kerja yang mendapat kecederaan dalam masa pekerjaan mereka hendaklah dibayar dari hari yang kemudian daripada kecederaan itu, dan tidak dari hari yang kedelapan seperti yang diuntukkan di bawah undang-undang ganti orang-orang kerja itu sekarang ini menerima rundingan kerajaan yang ini ialah satu hal yang berkenaan dengan sekalian pejabat-pejabat kerajaan dan satu keputusan oleh itu tidaklah dapat diberi dengan segera.

6. Bahwa seseorang ahli kerja hendaklah dibenarkan bercuti sekurang-kurangnya tiga hari dalam satu bulan seperti yang telah dibenarkan terlebih dahulu -- tidak ada keterangan bahwa pada masa dahulu orang-orang kerja telah dibenarkan tiada menghadirkan diri mereka dari pekerjaan dengan tiada meminta kebenaran, selama tiga hari dalam satu bulan yang ia dipandangkan menjadi satu permintaan wang tiada patut dan tiada dapat dijalankan permintaan-permintaan kerana kebenaran tiada hadir kerana sebab-sebab yang patut akan selalunya dirundingkan dengan menaruh timbang rasa.

7. Bahwa pihak yang berkuasa keretapi patutlah memberi kelebihan timbangan kepada anak-anak atau orang-orang tanggungan orang-orang kerja manakala mengambil orang-orang baru. Manakala menerima permintaan ini dalam syaratnya maka menjalannya itu mestilah bahwa orang-orang yang berkelayakan yang lebih sekali dan yang peranakan di sini akan menerima timbangan yang pertama sebahagian daripada angkatan-angkatan yang dilakukan itu akan dikhaskan kerana orang-orang Melayu.

8. Bahwa orang-orang kerja yang mendapat $2 dan lebih sehari patutlah dibenarkan naik Kelas Dua seperti dahulu -- permintaan ini akan dibenarkan.

9. Bahwa peraturan yang baru yang dimasukkan dalam surat persetujuan bercuti itu ialah bahwa pejabat itu tiada dapat mengaku kerja-kerja kepada orang kerja yang balik dari negeri itu hendaklah dibatalkan -- peraturan ini akan dibatalkan. Dan pekerjaan akan ditawarkan kepada orang-orang kerja yang balik dalam masa bercuti yang dibenarkan.

10. Bahwa masa berlatih itu hendaklah dihitungkan dalam mengira pemberian kepada ahli-ahli kerja -- yang ini telah dibenarkan dalam sekalian hal yang dibicarakan -- hingga hari ini, berkenaan dengan jawatan yang lebih daripada umur 20 tahun seperti yang diuntukkan di bawah undang-undang saraan.

11. Bahwa pelatih-pelatih hendaklah diberi kenaikan sekali dalam tiap-tiap enam bulan seperti yang biasa terlebih dahulu timbangan gaji kerana pelatih-pelatih yang berpelajaran tinggi telah diubahkan kepada yang lebih baik bagi mereka yang mempunyai kelayakan persekolahan yang lebih rendah. Maka timbangan yang lama itu akan dijalankan semula.

Pelatih-Pelatih yang Dihentikan.

12. Bahwa muslihat memberhentikan pelatih-pelatih kemudian daripada mereka telah menyempurnakan pelajaran lima tahun itu hendaklah diberhentikan dengan segera. Kesusahan perniagaan telah menjadikan mustahak mengurangkan bilangan orang-orang yang diberi kerja. Dan telah difikirkan lebih baik membuang pelatih-pelatih yang muda yang mempunyai sedikit tanggungan daripada orang-orang yang lebih tua dan lebih mahir yang mempunyai anak pinak hendak ditanggungnya.

13. Bahwa memotongkan sewa rumah dari gaji-gaji beberapa orang kerja yang tertentu itu tidak boleh lagi dilanjutkan dengan keadilan. Peraturan yang baru-baru ini ialah bagi hanya orang-orang yang baru masuk jawatan keretapi iaitu orang-orang yang diambil kemudian daripada 1 Januari 1934 dan hanya bagi mereka-mereka yang menerima $1 itulah sehari, tidak dimaksudkan hendak menjalankan peraturan ini kepada orang-orang kerja dalam jawatan itu terlebih dahulu daripada 1 Januari 1934. dan mereka itu diberi akuan ini iaitu perbuatan yang demikian itu tidak dicadangkan.

14. Bahwa muslihat yang tiada adil sekali iaitu memberhentikan orang-orang kerja yang telah berjawatan lama sedikit masa terdahulu daripada mereka patut dibenarkan pemberian-pemberian dan mengambil orang-orang baru bagi sementara bagi menggantikan mereka itu hendaklah diberhentikan -- bukannya menjadi muslihat hendak memberhentikan orang-orang kerja yang berjawatan lama sedikit masa terdahulu daripada mereka patut dibenarkan pemberian.

Sebarang perbuatan yang demikian itu telah dipaksa di atas pejabat keretapi disebabkan oleh tiada dapat hendak memberi kerja bagi kesemua orang ahli-ahli kerja dalam masa kesusahan perniagaan ini. Orang-Orang kerja kedai gerabak yang diambil semula baru-baru ini kemudian daripada sedikit masa akan ditimbangkan sebagai telah mendapat jawatan yang berlanjutan.

15. Bayaran dalam amsa enggan bekerja -- permintaan ini tiada dapat dihasilkan.

16. Timbangan di atas masa enggan bekerja -- kerajaan telah menimbang semula keputusannya yang terlebih dahulu dan sekarang ini telah memutuskan bahwa masa dalam mana orang-orang kerja itu telah diada hadir kerana enggan bekerja akan ditimbangkan sebagai bercuti dengan tiada bergaji dengan tiada menjadi satu putusan dalam jawatan.

Dan lagi: peraturan yang lebih baik diperbuat yang akan menguntukkan orang-orang kerja dengan satu ikhtiar yang sedia pada memperhadapkan sungutan-sungutan mereka dihadapan pegawai-pegawai yang lebih tua.